SIJIL CHEF KOMERSIAL

(COMMERCIAL CHEF CERTIFICATE)

DENGAN PENGKHUSUSAN KEUSAHAWANAN KULINARI

MODUL KEUSAHAWANAN KULINARI

Setiap pelatih akan dipastikan lulus dalam kulinari keusahawanan khusus sebelum graduasi. Setiap Sijil Latihan Chef Komersial akan dikembarkan dengan salah satu pengkhususan berikut:

  1. Modul Masakan Panas Thai dan Seafood
  2. Modul Masakan Katering Melayu Nusantara
  3. Modul Pembuatan Makanan Jajaan Malaysia
  4. Modul Pembuatan Roti Canai dan Murtabak
  5. Modul Pembuatan Minuman Panas Dan Dingin
  6. Modul Pembuat Roti.
  7. Modul Pembuat Kek dan Pastri dll.

Jangka Masa Latihan

ITKAU tidak menetapkan tempoh latihan yang rigid. Setiap pelatih diberi masa yang sesuai dengan kemampuan masing-masing. Pendekatan fleksibel ini tidak akan memberikan tekanan kepada pelatih. Maknanya, pelatih yang cekap boleh tamat lebih awal.

KAEDAH MENTOR-MENTEE

KAEDAH ini amat bersesuaian untuk latihan yang berteraskan kemahiran dan ketrampilan seperti bidang kulinari. Setiap pelatih perlu didampingi oleh Mentor yang dedikasi dan profesional. ITKAU mengamalkan kaedah mentor-mentee bagi setiap modul latihannya

YURAN

Yuran bagi program ini sejak tahun 2000 ialah RM6,000-00. Tidak termasuk Yuran Pendaftaran, Yuran Bengkel, Yuran Bahan dan Yuran Utiliti Am. Kini, 11 tahun kemudian yuran dipotong 30% menjadi RM4,200 dan semua yuran lain dimansuhkan. (Yuran tidak termasuk makan-minum).

KEMUDAHAN

Penginapan percuma di asrama putera/puteri, bengkel dan kilang latihan, musholla dan riadah.

KENAPA BELAJAR DI SINI?

Sejarah bidang kulinari di USA membuktikan bahawa usahawan dan jutawan lebih banyak dilahirkan dari  bengkel – bengkel kecil dan dapur rumah berbanding dari universti ternama. Ini bermakna nama universiti yang terkenal, dengan kampus yang hebat dan alatan belajar yang canggih tidak menjamin lahirnya usahawan dan jutawan kulinari. Sebaliknya, siapa guru, mentor, bentuk metodologi latihan dan isi sukatan latihan yang lebih menentukan siapa yang bakal dilahirkan. Sejak 15 tahun dulu, ITKAU amat menyedari bidang bisnes dalam kulinari tidak dapat diangkat secara teori akademik semata. Sebaliknya ia perlukan ilmu praktik yang bersandarkan kepada pengalaman realiti. Kenapa belajar di sini?

  1. ITKAU (dahulu dikenali sebagai Chef Li Training Centre) diasaskan oleh Dato’ Dr Hj Rusly Abdullah DIMP, PJK sejak 15 tahun lalu. Beliau adalah penulis enam buah buku motivasi best seller. Antaranya ialah Menjejaki Jutawan Senyap dan Petunjuk Jalan Kekayaan. Pengalaman beliau berniaga di pasar malam dan pasar tani selama lebih lima tahun hingga berjaya adalah pengalaman unik yang tidak ada pada mana mana Pengetua/Rektor institusi pendidikan lain. Beliau adalah tenaga pengajar dan mentor utama program ini.
  1. Barisan Tenaga Pengajar ITKAU adalah dididik dan dibina oleh Dato’ Dr Rusly sendiri. Salah satu syarat utama untuk menjadi tenaga pengajar ialah hanya  mereka yang telah berpengalaman berniaga sahaja yang layak mengajar orang lain berniaga. 100% tenaga pengajar di ITKAU adalah usahawan. Ada yang bertanya, kalau dah jadi usahawan kenapa nak mengajar lagi? Kami semua memegang prinsip – bahawa untuk maju dan berkembang kita hendaklah memajukan orang lain. Melaluinya akan terbentuk sinergi dan jaringan yang bertambaah luas.
  1. Modul latihan kami adalah berorientasikan produk sebenar yang wujud dan laris dipasaran. Hampir semua produk yang kami ajarkan telah diuji di pasaran. Contohnya, apabila kami mengajar Roti John, para pelatih akan dapat melihat Roti John yang sedang diusahakan oleh alumni ITKAU di pasaran.
  1. Bagi memahami bagaimana sesuatu perniagaan itu dioperasikan adalah lebih jelas jika berpeluang melihat model bisnes yang berjalan secara realiti. Kami mewajibkan setiap pelatih menjalani pendedahan industri sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum penganugerahan sijil.
  1. Setiap pelatih didorong untuk menjadi usahawan dari hari pertama mereka memasuki ITKAU. Kami akan sentiasa memanggil bekas pelajar ITKAU yang telah berjaya untuk datang dan berinteraksi dengan pelatih agar mereka mendapat inspirasi dan motivasi.
  1. Setiap pelajar akan diletakkan dalam UKK (Unit Kaunseling Kumpulan) yang diketuai oleh seorang Pensyarah. Mereka akan dipantau dan dibina secara kekeluargaan. Ini akan mengurangkan formaliti sebaliknya tercetus suasana informal dan santai. Banyak masaalah displin dan stress pelajar diatasi dengan cara ini.
  1. Penghayatan ajaran Islam dalam pengajian, ilmu keusahawanan dan kehidupan seharian amatlah dititik beratkan. UKK akan mempastikan setiap anggotanya berperanan aktif dalam aktiviti agama Islam di kampus. Paling diutamakan ialah solat berjamaah.
  1. Ibu bapa pelajar akan dilibatkan secara lebih aktif dan serius dalam usaha membina sahsiah dan kredibiliti anak anak mereka. Kejayaan bisnes tidak akan bermakna apa apa jika tidak disertai dengan kecemerlangan akhlak.

Hendaklah kita pasrah dan tawakkal kepada Allah SWT setelah kita berikhtiar dan berjuang. Kita akan dapat memanjatkan doa dengan mantap dan ikhlas mudah-mudahan didengar dan dikabulkan oleh ALLAH SWT, Amin!
Untuk Mengetahui Lebih Lanjut dan Tarikh Temuduga Sila Hubungi:

Puan Idayu – 05 4542902 / 05 4541205

Daftar Sekarang, Pengambilan Terhad Kepada 40 Pelajar Sahaja

All contents are copyright protected.