ITKAU diterajui oleh dua pasukan petugas tetap:

1. Pasukan Tenaga Pengajar Bertauliah

2. Pasukan Tenga Pentadbiran Berpengalaman.

Menyingkap sejarah ITKAU memerlukan kita kembali ke tahun 1998 di mana ia bermula dengan Chef Li Training Centre (CLTC) yang beroperasi di Taman Permata, Kuala Lumpur. Pada masa itu ia hanyalah sebuah pusat latihan kulinari kecil yang menawarkan kursus kursus masakan jangka pendek.

Tidak lama kemudian, modul modul yang ditawarkan oleh ITKAU mulai menarik penyertaan oleh banyak agensi kerajaan antaranya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), RISDA, KEDA dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). kesan dari penyertaan dan sokongan kuat agensi kerajaan seperti FELDA, KKLW, MARA dan FELCRA,  organisasi CLTC dipertingkatkan dengan penubuhan Akademi Masakan Malaysia di Taiping dalam tahun 2000. Memasuki tahun 2001 keinginan orang ramai untuk mendalami ilmu kulinari tiba-tiba melonjak naik. Ini mendorong kepada penubuhan Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU) awal tahun 2002. bagi memberikan kemudahan yang kondusif maka dalam tahun2003 ITKAU berpindah ke kampus tetapnya di Gesir Tengah Kuala Kubu Bharu sehinggalah sekarang.

Kini organisasi ITKAU ditunjangi oleh kombinasi Tenaga Pengajar lama dan baru. Antara tenaga pengajar lama yang masih bertugas ialah Datin Fadzelah Daud dan Datin Kahiriah Omar. Setelah 14 tahun di dalam industri latihan kulinari, kami yakin kami mempunyai sesuatu yang bermakna utk dikongsi bersama anda.