• Pengenalan

    Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU) adalah sebuah institusi pendidikan swasta (IPS) yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ia ditubuhkan untuk menyediakan modul dan kemudahan latihan kepada golongan belia, ibu tunggal, bekas tentera, bakal pesara dan orang awam yang ingin mendalami ilmu dan kemahiran di dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
    Program dan modul latihan yang disediakan dipersesuaikan dengan iklim ekonomi semasa negara. Ini bagi mempastikan apa yang dipelajari oleh para pelatih akan sentiasa relevan dengan kehendak pasaran kerjaya dan perkembangan ekonomi negara.
  • Pengkalan Operasi

    ITKAU beroperasi secara tetap di kampus utamanya yang terletak di Lot 2822, Kg Gesir Tengah 44020 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. Kampus latihan seluas 7 ekar ini dilengkapi dengan bangunan kuliah, bengkel, kilang latihan, restoran latihan, musholla dan pelbagai kemudahan asas bagi menjadikannya sebuah kampus latihan yang kondusif.
  • Rasional Penubuhan

    Matlamat utama penubuhan ITKAU adalah untuk memberikan perspektif yang betul tentang bidang kulinari kepada orang-orang Melayu secara khususnya dan kepada rakyat Malaysia secara amnya.
    Buat kesekian waktunya, bidang kulinari dianggap bidang sub-standard yang remeh yang tidak menjanjikan sebarang potensi masadepan yang cemerlang kepada sesiapa yang ingin menceburinya atau menekuninya.
    Sebab itulah agaknya, setelah 53 tahun merdeka masih tidak ada satu jawatan pun yang diperuntukkan khusus untuk lulusan bidang kulinari di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jawatan tertinggi dalam SPA berkaitan kulinari ialah Amah dan Tukang-masak. Padahal UiTM telah mengeluarkan ribuan graduan bidang Seni Kulinari sejak 40 tahun lalu.
    Terjadinya situasi sedemikian antara lain berpunca dari kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan tentang bidang kulinari. Mereka gagal memahaminya dari perspektif yang betul.
  • Orientasi Khas

    ITKAU adalah perintis bagi kursus masakan untuk bisnes. Bagaimana memasak yang menguntungkan dari perpektif perniagaan. ITKAU memperkenalkan prinsip 3C (Cook, Count and Control)
    Tanpa prinsip ini, ramai usahawan makanan yang kecundang separuh jalan. Ramai yang berjaya menjual makanan RM500 sehari tetapi gagal menyimpan RM500 sebulan. Justeru ITKAU mahu menekankan betapa untuk menjadi usahawan makanan yang berjaya ia mesti berkebolehan dalam tiga elemen yakni;
  1. Boleh memasak secara komersial (Masakan yang menguntungkan).
  2. Boleh melakukan pengkosan (Food costing).
  3. Boleh mengawal (Mengurus selia).
  • Objektif ITKAU

  1. Melahirkan tenaga kerja mahir yang terampil dalam bidang kulinari.
  2. Melahirkan industrialis makanan muslim yang produktif dan beretika.
  3. Melahirkan jutawan dalam bidang kulinari.
  • Perjuangan ITKAU

    Bertolak dari pandangan masyarakat umum yang meremehkan bidang kulinari (Buktinya, belum pernah berlaku seorang lepasan SPM dengan 10A1 memohon untuk melanjutkan pelajaran ke bidang masakan atau kulinari). Ironinya, bidang masakan (kulinari) adalah pilihan akhir untuk pelajar lemah dan keciciran.
    Justru, ITKAU mahu membuktikan bahawa bidang kulinari adalah satu bidang yang berpotensi untuk dijadikan satu KERJAYA. Ia juga mampu menghantar sesiapa yang menceburinya ke puncak jaya dalam kehidupan. Siapa kata bidang kulinari tidak mampu melahirkan jutawan?
  • Lokasi Dan Konsep Kampus

      ITKAU memiliki kampus tetap sendiri yang terletak di:
                           Lot 2822, Batu 11, Gesir Tengah,
                          44020 Kuala Kubu Bharu,
                          Selangor Darul Ehsan.
  • Pejabat Pentadbiran dan Komunikasi

    Pejabat Pentadbiran berpusat di kampus ITKAU di alamat seperti di atas.
      Tel: 0194567711 / 019-5158910
                           Faks:097441516
                           SMS: 019-5158910
                           Web Rasmi:
                           www.itkau.edu.my