DATO’ DR HJ RUSLY BIN ABDULLAH

Dato' Dr Hj Rusly AbdullahDato’ Rusly memulakan kerjaya sebagai pegawai bank dengan D&C Bank dalam tahun 1982 sebaik sahaja tamat pengajian di Universiti Sains Malaysia. Beliau kemudiannya pernah juga bertugas di Malayan Banking Berhad dan Bank Islam Malaysia. Semasa bertugas di bank, beliau begitu cenderung memerhatikan perkembangan bisnes kecil. Beliau mengikuti perjalanan seorang peniaga kecil dari hari pertama mereka mula membuka akaun hinggalah mereka menjadi jutawan.

Beliau sangat teruja bila mendapati peniaga kecil dan penjaja tepi jalan pun  boleh berjaya menjadi JUTAWAN. Namun, ironinya, kisah penjaja jutawan ini terdiri dari kaum Cina dan para pendatang terutamanya dari Indonesia. Beliau mulai tertarik untuk membuat kajian tentang golongan jutawan jalanan ini. Dato’ Rusly berpeluang berkenalan rapat dengan beberapa jutawan tersebut. dari situlah datangnya inspirasi untuk beliau menulis buku buku motivasi untuk golongan peniaga kecil.

Antara buku beliau yang menjadi ‘Best Seller’ ialah ‘Menjejaki Jutawan Senyap’. Dato’ Rusly meletakkan jawatan sebagai pegawai bank dalam tahun 1991. beliau bermula dengan membuka sebuah kilang burger. baru setahun jagung projek ini gagal total!

sewaktu gagal bisnes beliau merantau ke Bogor Indonesia…. beliau menerima rawatan pemulihan di sebuah makmal metafisologi di sana. sekembalinya ke Malaysia, beliau meneruskan semula bisnesnya dengan strategi baru yang dipanggil Amalan Kesogehan.

alhamdulillah segalanya mulai berjalan pantas dan lancar. tidak berapa lama kemudian beliau mampu melangsaikan semua hutang hutang beliau.

Dato’ Rusly telah dianugerahkan Bintang Kebesaran – Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ dari Kebawah DYMM Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang dalam tahun 2008.

Dari situlah bermulanya kisah yang beliau tulis dalam buku ‘PETUNJUK JALAN KEKAYAAN’ yang menjadi asas Amalan Kesogehan.

MARKAZ UTAMA KAMI:-

i. Markaz Pusat Pentadbiran
Tingkat 2, Wisma Dato’ Rusly
Lot 727, Pasar Bersepadu Wakaf Che Yeh
Kota Bharu, KELANTAN.

ii. Markaz Pusat Latihan Darul Tijary
Batu 11, Kg Gesir Tengah
44020 Kuala Kubu Bharu
SELANGOR.

Anda boleh mengkuti Facebook Dato Rusly Abdollah atau berhubung terus dengan Pejabat Penyelaras, Wisma Dato’ Rusly, Kota Bharu bagi mendapatan sebarang maklumat lanjutan tentang program terbaru atau terjadual anjuran/kendalian Dato’ Rusly untuk tahun 2014 dan 2015.

https://www.facebook.com/dato rusly abdollah

Pusat Dakwah Dan Pembangunan Usahawan Islamiah Darul Tijary